Zaman Shōwa
Zaman Shōwa

Zaman Shōwa

Sejarah JepunGlosariZaman Shōwa (昭和, Shōwa) merujuk kepada suatu tempoh dalam sejarah Jepun semasa pemerintahan Maharaja Hirohito dari 25 Disember 1926 menamatkan zaman Taishō sehinggalah kemangkatan baginda pada 7 Januari 1989,[1] di mana baginda maharaja diberi gelaran anumerta Maharaja Shōwa.Tempoh ini menyaksikan dua titik perubahan besar dialami negara Jepun: pemesatan dan peluasan kuasa ia menjadi suatu empayar dari 1926 hingga tamatnya Perang Dunia Kedua tahun 1945; dan penggubalan suatu perlembagaan baharu yang menghapuskan kemutlakan kuasa maharaja.[2]Zaman ini terganti dengan mangkatnya Maharaja Hirohito beralih ke zaman Heisei yang bermula 8 Januari 1989.